Nuffnang

Saturday, January 17, 2009

Kemalangan Di Depan TUDM Jln Gambang.......

Nie aku dapat dari kawan den nih....Asal kemalangan ni berlaku lebih kurang 10.20 15/01/09 berhampiran ngan pintu masuk ke kem TUDM KTN... kemalangan tersebut berlaku akibat dari polis escot diraja yang menahan kenderaan dan memberi laluan kepada kereta diraja masuk ke pangkalan untuk menaiki flight Vip.selepas kerata diraja masuk ke dalam pangkalan TUDM tu ada sebuah lori membawa muatan tak dapat kawal kenderaan lalu merempuh kereta2 yg berhenti untuk bagi lalu kepada kereta diraja masuk.... Dijangkakan 2 biji lori,10 kereta yang terlibat (2biji keta terbakar) tiada mangsa yang mati semua sempat menyelamatkan diri dgn bantuan org awam dan TUDM ......









Tuesday, January 13, 2009

Ciri-ciri Sahabat Sejati.......

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagusdan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Kalau Letak kat Umah nihhh......
























































Mengapa ISTERI tidak berbual-bual dengan saya...

Sekadar Pedoman.......

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya", satu keluhan biasa.Yang tak biasanya, "mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya".... Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi dia banyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya" . Mengapa begitu?...Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandaiberbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau dimasa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping danboleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan danapa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa"the'job' is done!" Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?... Ada 2 sebab; * suami itu lelaki * isteri itu perempuan .....


SUAMI ITU LELAKI * Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan danpencapaian. * Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapaikejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan,pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.


ISTERI ITU PEREMPUAN * Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel danbuku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatapmajalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga,perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan. Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?...Sebab. ..isteri itu seorang perempuan!


p/s : renung-renungkan...dan selamat beramal.

Wednesday, January 7, 2009

Renungan Kita Bersama ..

Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya Kisahnya....-. Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.
Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya MasyaAllah.-. Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua. Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti. Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Risaukan hati kami selagi kami tak segerakan sollat ; biarlah kami risau di dunia agar kami tidak risau lagi dihari akhirat kelak.Amin. Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu ... emel nie sesuai utk direnungi ..

Monday, December 15, 2008

Sekadar Renungan...........




Buat Pedoman............

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Akibat Memakai Cincin Waktu Bersukan....







Nuffnang