Nuffnang

Saturday, November 7, 2009

KASIH TANPA SYARAT

Ramadhan 1404

“Mak…. Mak wat kuih apa tu?”

“*Bunga Durian…” Jawab si ibu ringkas

“Nak sikit Mak..”

“Panas lagi ni.. tunggu sejuk dulu yee..”

Kasih seorang ibu…

Sedar memberi makan kepada anak-anak adalah tanggungjawabnya tetapi biarlah makanan itu mudah untuk dihadam. Tak mahu kesan minyak panas memberi mudarat kepada mulut ataupun perut anak-anak.


Ramadhan 1405

“Mak… Mak buat kuih apa tu?”

“Bunga Durian..” Jawapan ibu tetap ringkas seperti setahun lalu

“Nak sikit yang dah sejuk Mak…”

“Ada ni haa.. tapi tangan tu dah basuh belum.. kalau belum pegi basuh dulu!”

Kasih seorang ibu…

Dah sememangnya makanan yang dibuat akan jadi santapan anak-anak tapi tanggungjawab untuk memperingatkan demi kesihatan anak-anak tak pernah dilupakan.



Ramadhan 1406

“Mak… Mak buat kuih apa tu?”

“Bunga Durian..” Tiada perubahan untuk jawapan si ibu

“Boleh ambik sikit Mak…?”

“Ahah! Tak puasa ye? Malu tau kalau dah besar tapi takleh puasa lagi..”

“Eh! Lupa laa Mak.. kita puasa ari ni.. hee..”

Kasih seorang ibu…

Makanan yang dibuat memang untuk dimakan tetapi adalah menjadi tanggunjawabnya juga mendidik anak-anak dengan ibadah yang diwajibkan tuhan moga anak-anak membesar menjadi seorang manusia.



Ramadhan 1430

Kring! Kring!

“Assalamualaikum..” Jelas getar suara si ibu dihujung talian

“Waalaikumussalam… Mak.., saya ni.. Mak sihat?”

“Sihat - sihat macam tu jelaa.. sihat orang tua..”

“Mak buat kuih ke tahun ni..?”

“Entahlaa…, mak bukannya larat sangat sekarang.. , buat kerja sikit pun dah semput . Tapi kalau larat nanti rasanya nak buat juga bunga durian dengan maruku tu..”

“Kalau mak rasa tak larat tak payahlaa buat…, Mak rehat jelaa.. kitaorang semua akan bawak balik kuih nanti..”


Kasih seorang ibu..

Sedar yang dirinya semakin dimamah usia tetapi akan digagahinya juga kerana faham hasrat yang terletak jauh di sudut hati anak-anak yang mana sekiranya boleh masih mahu merasa makanan hasil air tangan ibu. Tak kiralah berapa banyak hatinya pernah terguris oleh sikap anak-anak, jiwanya pernah terbeban oleh rindu panggilan telefon bagi mendengar suara anak cucu. Kasih sayangnya tak pernah luntur….

Itulah Kasih Tanpa Syarat..

Nuffnang