Nuffnang

Thursday, May 14, 2009

Gombak Time....


Pagi.........


Pagi nih kitorang (Bro. Ghani, Bro.Sam and Bro.Juraimi) ......akan berlepas kegombak untuk sesi suaikenai dan pemilihan team . Sukan apa lagi kalau tk bowling kan...tuh jer ler yang kitorang reti main.Hehehehehe......dan dan jer kan (ckp org kuala.lipis).


Lepas perasmian Quality Day kami akan bergerak ler kami nun ke gombak....Ikutkan jadual kiter akan berkampung di Flamingo (Tempat main bowling daaa...) Penginapan disediakan di batu 10...kondominium ,hehehe .Terima kasih buat Kapten , kerana sudi mewakafkan kereta dia demi untuk Pembangunan Bowling Di Kuantan nih....hehehe yer ler tuh.


To All my friend...Do the Best.Heheehehhe.ok ler chow dulu.

Tanda-tanda sakit .........

Bagus ler artikel nih.....

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA
(Bertindak balas dengan keadaan hati).i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerjav) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.iii) Bersina. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuka.
Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi)
Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlakudi seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.b. Perut mengandungi angin.c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH.
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA.
Berkaitan dengan buah pinggang.i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh .
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI :
Sakit Sendii) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALAMenandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALAi) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALATanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. F. RASA PENING YANG MEMUSINGTanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.b. MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yangb) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka..


19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.c) NAJIS BERDARAHi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbanganc) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :i) Sistem jantung yang lemah.ii) Sistem saraf otak yang lemah.iii) Masalah pengaliran darah.

Benda2 cam nih terpulang ler nak percaya atau tidak...atas pandangan masing2 kan.kalau tepat ok ler...kalau tk tepat.....sekadar baca jer ler kan.Apa2 pun kesihatan kene jaga....zaman sekarang nih org berlumba2 nak cari duit....naper tk berlumba2 nak kesihatan yang baik..buleh buat ibadah dengan aman dan tenang kan.Ermmmm..renungkan.

Terimalah kekurangan Suami seadanya .....

Artikel nih aku copy dari email aku......baca untuk pegetahuan.

Seorang isteri mengadu begini kepada saya," Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantauimaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".

Wednesday, May 13, 2009

Panaasss...

Bukan citer panas...tapi kat opis aku yang panasss.Hheehehehe....jgn salah sangka tajuk tuh.Dah berapa hari dah panas kat opis nih..bukan opis aku jer....rasernya satu bangunan kut. Keje malam semalam panasss jerr...student lak banyak lak komplen nyer..nak sejuk bawak ler kipas sendiri......kekekeke.Bukan marah nasihat jerr.

Tapi kan tk baik mengeluh .....alaaa panas dunia kan..sok2 nanti kat padang mashyar,lagi ler panas kan...matahari sejengkal jer dari kepala. Waktu nih ler nak buat praktikal....hehehe. Lumrah manusia kan..bila panas mengeluh panas..bila sejuk mengeluh sejuk.Camner tuh....termasuk ler aku sekali kan.Mesti nak mengeluh ,mesti nak cakap....tk buleh nak senyap mulut nih .Kalau tak cakap kat mulut cakap lam hati....sama juga kan.


So....pikirlah sendiri camner jalan terbaik nak mengatasi kepanasan lam opis nih.Apa lagi nak pikir..suruh ler repair ceat sikit..tuh jer ler.

Bye.Adiosssss


Tahniah....Team Bowling Kuantan!!!


Tahniah !!!!


Tahniah aku ucapkan buat player Bowling Kuantan yang terpilih untuk mewakili University di Inter-Versity di Kuala Terengganu. Thaniah buat Bro. GHANI (KAPTEN) - Bro.SAM - Bro.Juraimi - Bro.Nizam (hehehehe). Aku doakan yang terbaik buat yang terpilih.


Kalau tk silap aku ler...tahun nih ler paling ramai permain dari kuantan terpilih mewakili University..sebelum nih 2 org jer..itupun yang sorang lagi dah berpindah ke GOMBAK.Thank for all Permain bowling kuantan baik yang terpilih atau tidak...u all memang the best.Buat Bro.Pok Leh , Bro.Ipin , Bro.Malek , Bro.Arman , Bro.amy (along) , Bro.Azri , Bro.Am dan Sis.Asmida , Sis.Ida , Sis. Noi , Sis.Suzie , Sis.Ieka dan Our Chief Bro.Ejoy..... tahun depan mungkin rezeki korang pulak yerrr...tunggguuu.Adiosss

Malam.....

Assalamaualaikum....

Errmmm..lama gak aku tk berupdate nih.Setelah blog aku yang dulu kala punah ranah..hancusss lebur....raser malasssss yang teramat nak buat baru dan nak update.Kalau dah sebut malas tuh...ermmmm,tk leh nak cakap apa2 ler kan.Tapi dengan semangat ,ketabahan dan keazaman yang memang dah sebati dalam jiwa den..dan teruskan ler juga.Sayang juga kan kalau benda dah ader tapi tak guna.

Buat penat2....pastuh biar cam tuh jer kan.Bak kata pujangga " Ilmu kalau tk amalkan tak guna..." Banyak citer nak citer...banyak kenangan nak dikongsikan...tapi bahan2 talak.Hehehehe...kalau ader gambar baru seronok kan nak citer.Nanti cakap aku temberang lak kan...setakat citer semua org leh citer..tapi mana buktinya ....hehehe.Tapi tk per...lu all tunggu lerrrrr.

Nuffnang