Nuffnang

Thursday, June 3, 2010

KUANTAN

Kuantan sekarang adalah Ibu Negeri Pahang..sebelum ini Ibu negeri Pahang terletak di Kuala Lipis,itu yang saya tau ler....kalau silap tolong betulkan....manakala Pekan digelar bandar Diraja yang mana Istana Sultan Pahang terletak di daerah Bandar Pekan.

Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai penempatan.Dari tahun 1850-an hingga sekrang banyak kemajuan yang dapat kiter lihat dibandar kuantan..walaupun pembangunan dikuantan berperingkat-peringkat tapi banyak pembangunan yang telah belaku......errmm..nanti sambung lagi yer

Tuesday, June 1, 2010

Pahang

Sebagai anak Jati Pahang..aku raser terpanggil untuk bercerita tentang negeri aku sendiri...kene ler bangga kan...negeri kelahiran sendiri.Tapi kadang2 aku sendiri pun tk berapa nak tau atau mungkin tk mahu amik tahu tentang latar belakang negeri aku sendiri....mungkin tahu pas tuh lupa kan.Setelah aku cari2 info tentang negeri kelahiran aku nih....inilah yang aku dapat serba sedikit tentang negeri kelahiran aku....aku sebenarnya nak citer tentang kuantan...tempat aku tinggal sekarang..tapi slow2 kayuh yer...

Pahang Darul Makmur merupakan salah satu negara bagian di Malaysia. Sebagian besar negeri Pahang diselimuti hutan dan sebagian besar Taman Negara terletak dalam negeri Pahang. Pahang merupakan sebuah negeri beraja.Wujudnya negeri Pahang adalah sebelum wujudnya kerajaan melayu Melaka. Pahang mempunyai susur galur tamadun yang panjang, sejak dari zaman pra-sejarah lagi. Dahulunya kerajaan Pahang digelar Inderapura.

Sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang saja. Pada awal abad Masehi ke 16, permulaan berdirinya kerajaan Melayu Johor, batas Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; batas baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dikelilingi oleh jajaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.


Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan luas 35.515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa lalu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung yang terbagi atas sebelas daerah yaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Sedangkan penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

Hang pa tau tak asal nama pahang nih dapat camner...haa gini citer nye ;

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Penulis Tionghoa menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, ia menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditaklukkan di bawah kekuasaan San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.[1]


Orang Arab dan orang Eropa zaman dulu menyebutnya Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Ia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu berarti Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli yang artinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka tambang bijih timah terutama di Sungai Tembeling.[1]

Menurut cerita orang tua Melayu, pada zaman dahulu di Sungai Pahang yang berhadapan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pohon kayu mahang yang besar rebah melintangi sungai itu. Dari pohon mahang itu konon berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Julukan kuno bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu kota pada zaman dahulu yaitu Pekan. Sebelum ditaklukkan oleh kerajaan Melayu Melaka, dikenal sebagai Pura.

Keturunan Bangsawan pahang nih asal dari mana..nih nak citer nih ;

Menurut kronik sejarah pemerintahan negeri ini ialah kerajaan dari semenjak zaman dahulu kala sampai sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan waktu itu memakai gelar Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di menjelang tahun 1699.


Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari penaklukan Riau dan telah mendirikan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum ini, menjalin persahabatan dengan Sultan hingga sekarang ini.


Awok tau tk Pahang ader berapa daerah...tau bagus ;

Pahang Darul Makmur terdiri dari 11 daerah.


Bentong
Bera
Cameron Highlands
Jerantut
Kuantan
Lipis
Maran
Pekan
Raub
Rompin
Temerloh
Kota utama di negeri Pahang Darul Makmur termasuk Tanah Rata, Kuala Lipis, Kuala Rompin, Genting.

bersambung..........

Nuffnang