Nuffnang

Tuesday, January 22, 2013

Salam Maulidur Rasul


Salam semua...just nak bagitau kat korang dan aku sendiri...esok 24.01.13 adalah hari kelahiran junjungan kiter Nabi Muhammad s.a.w......pernah tk terpikir dan tak terpikir oleh kiter,apa yang kiter buat sempena hari Kelahiran Jujungan kite Nabi Muhammad s.a.w...kerana ini adalah salah satu hari yang paling “besar” dan bersejarah dalam sejarah Islam. Sejarah aku, sejarah korang dan sejarah mereka yang lain. Yang sedihnya, ramai yang menganggap hari Maulidur Rasul nie tak ubah seperti public holiday yang lain...kan..kan.kan.mengaku jer ler. So tepuk dada tanya selera masing2.

Apa yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul tuh......???

Maulidur Rasul (kelahiran rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Selasa 1432 Masihi ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


Tuh serba sedikit info yang aku dapat kat internet dan blog2 yang seangkatan dengan aku,so aku kongsikan bersama ........ermmm.Tapi hakikatnya sekarang nih..

Ramai yang tahu birthday artis2 kat malaysia nih.
Ramai yang hafal tarikh birthday pelakon2 korea.
Ramai yang ingat birthday artis holloywood /bollywood
Ramai yang set kan birthday Siti Nurhaliza di handphone masing-masing.
Tapi ramai juga yang tahu tapi tak buat apa2.....

So korang2 dan aku snediri...renung2/pikir ler yer.


Monday, January 21, 2013

Potret

Huhuhu.....
Jumpa lagi kiter yer...nih aku nak kongsi gambor2 potret keluarga belah aku lak.Baru nak jinak2 dengan gambor potret nih....so enjoy yer.






















Nuffnang