Nuffnang

Tuesday, January 13, 2009

Mengapa ISTERI tidak berbual-bual dengan saya...

Sekadar Pedoman.......

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya", satu keluhan biasa.Yang tak biasanya, "mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya".... Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi dia banyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya" . Mengapa begitu?...Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandaiberbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau dimasa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping danboleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan danapa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa"the'job' is done!" Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?... Ada 2 sebab; * suami itu lelaki * isteri itu perempuan .....


SUAMI ITU LELAKI * Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan danpencapaian. * Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapaikejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan,pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.


ISTERI ITU PEREMPUAN * Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel danbuku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatapmajalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga,perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan. Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?...Sebab. ..isteri itu seorang perempuan!


p/s : renung-renungkan...dan selamat beramal.

No comments:

Nuffnang