Nuffnang

Saturday, August 2, 2008

Keje OOoooo Keje

Hari ini keje lagi.....nak wat camner.Nasib baik ler rizal call tadi,kalau tidak haruss terlajak, tgh nak stat motor tadi..sam lak anto sms..lewat jugak...haru.Hehehehe..apa lagi pecut ler moto aku selaju mana yang mampu.Fuhhhhh,sib baik sampai kat opis lam kul 8.50..alaaaa leat 5 minit jerr.......duk kat opis mengantuk lak...lapo pun ader nih.Takpe sat agi gi belasah roti canai...apa2 pun...selamat berkeja untuk aku dan rakan2...untuk teman yang tk bekeja lak...gunalah hari minggu ini untuk buat apa yang patut kat umah tuh...dan satu lagi selamat menjalani hari minggu yang ceriaaaa...adiosss

Kasih Ibu................

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.
~ kenapa ek lidah kdg2 kelu utk mengatakan secara bersemuka pada ibubapa kita yg kita sayangkan mereka... kenapa ya?? mungkin sebab kita tahu mereka tahu kita sayangkan mereka maka tak perlu diucapkan.. take for granted?? tapi kalau pakwe makwe boleh la plak ek nak bgtau " i lap u"... mmm aku rasa aku pun x penah cakap ngan mak aku yg aku sayangkan dia face to face huhuhu...

Thursday, July 31, 2008

Tazkirah Hari Ini

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf,  sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'

Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.'

Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? '

Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu
dengan air'.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan
dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku,
dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku
berniat dan bertakbir
dengan baik.'

'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang
baik bila
dibanding-kan dengan Hatim.

Jeemm.....


Pagi tadi bermulalah dunia permotoran aku untuk pergi keje...Hehehehee.Macam biase arrr,lepas anto wife aku..terus blah ikut by pass.Sampai kat traffic light ker i.Mahkota tuh,aku tgk kereta dah berderet2...tgk kat highway ,kereta dah jem gilosss.Apa hal lak nih,takan ader road block kut...tah apa2 buat road block kat sini (kata aku dalam hati ler). Nasib baik wa bawak motor ari nih..hehehe.Apa lagi dengan kepandaian dan ilmu permotoran yang tak seberapa nih...wa pun mecilok-cilok....yessss berjaya juga aku sampai..sampai kat depan jer ler.Oooooo rupe-rupenya ader kemalangan.....baik nyer Lori tangki cium belakang lori balak..tebusss siotttt cermin depan lori tangki tuh kene ngan batang balak.aku tgk org kat dalam tuh dah tak der..mungkin dah bawak kerr Hospital,adalah sorang polis traffic duduk kat situ..baik punya hisap rokok tepi jalan tuh...seronok kut tgk jem parah kat situ...nasib baik ngam2 jer sampai opis,tepat kul 8.00 hehehe. Moral of this Story....pergi ler keje awai ..N berhati-ati dijalanan...adioss.

Motor Ohhh Motor


Hari ni hari paling best...sebab apa best...road tax motor aku dah hidup....hehehehe,setelah lebih 5 bulan menunggu dan tertangguh akhirnya...akhirnya aku berjaya juga menhidupkan road tax moto aku...letih woooo naik kereta jerrr hari2....kalau aku anak tokey balak ok ler juga..nih anak kepada mak ngan ayah aku jerrr.Hehehehe......apa2 pun best giloosss dapat bawak motor ....tader ler sebelum nih..bawak motor tk berapa konfiden jer..takut ader......pucat muka kalau nampak polis...tapi lepas nih aku tk buat dohhhh.Aku nak jadi sorang warganegara yang patuh pader undang2 (cewaahhhh..leh caya ker nih)

Wednesday, July 30, 2008

Clients Day Weeks....

Salam kengkawan.....ermmm dah lama tk update aku punya blog nih.Dari minggu lepas hingga ler minggu nih...sibuk ngan persediaan clients day yang berlansung 28.07.08 hingga 1.08.08....maknya esok baru abisss.Perghhhh letih juga rasenya...insyallah minggu nih last clients Day....pastuh nak kemas2...settle...hehehehe legaaaaaaaaaaa dah lepas tuh.penat memang penat tapi seronok gak rasernya...ok ler...choww nak jaga kaunter clients dayyy

Nuffnang