Nuffnang

Friday, April 23, 2010

Si Pendayung Sampan.....


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professoritu.Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi."Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkankepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macamni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itulagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kasihan.Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamudihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejekdan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting.

Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju kepantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahuperkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...

Wednesday, April 21, 2010

Renung2 Sebentar

SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupabimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangancepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi takditimpa hujan."Teringat pesan ayah di suatu petang..."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengankata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee gorengmamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadimasam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudahmemujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersamaarwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Iamerupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaanpastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikapsaling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberikelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk salingmenginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.SILAP ISTERIKesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana bencidengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andaikeistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atasalasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orangbercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yangbermaksud:"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"Seorangwanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian?Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu.Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamukedalam neraka:1.

Kamu banyak mengutuk atau menyumpah2. Kamu kufurkan kebaikan suami."Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu,terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan egodiri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka.Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya,bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marakmenyala benci.YANG LEBIH, YANG KURANG"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-harimenjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. "Suamisaya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk sayaperkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supayadia buka mata."Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka,meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalumembelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.

Dan ramai juga suamiyang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi biladiminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan.Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk sayalagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiranseorang suami.ENGKAU TERBAIK UNTUKKU"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh,ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dariIlahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan jugasedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.

Janganbertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandangwajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku.Engkau terbaik untuk diri ini." Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..* Moga kita sama2 mendapat manfaat drp cerita/ pesanan di atas, insyaallah...

Nuffnang