Nuffnang

Thursday, July 17, 2008

Perut Oh Perut...........

Sakit betui perut malam semalam...kejadian bermula betui2 kul 12.00........baik punya tgh nengok citer antu kat channel 119 Astro "LANTAI "......engat kan ok dah...rupanya buah hal lagi.Kul 1.30pg gi melawat En.toilet.....4.30 gie lagi.....pagi tadi tgh nak stat enjin kereta buat hal lagi....aduhhh.dah lewat 4 minit sampai opis....hehehe.Tapi yang best tuh..sampai jer kat opis..dak2 nih siap tanya "Sakit perut tk semalam.." hehehehhe.Rupanya semua senasib dan sewaktunya denganya...puncanya,ntah ler dok tau......pasai semalam semua tibai.Mee hailam aku jer aku tk jamah..yerlah,nanti ckp buruk siku lak.heheeee...wat rakan2....terima jer sakit perut tuh....tah payah ler nak cari sebab-munsabab..dh sakit nak wat camner. So...kesimpulan dari cite aku nih,bila ade makan2 kat opis ker atau kat mana2...jng ler pelahap sangat dan jgn main tibai jer.....pesanan nih termasuk ler untuk aku sekali.Adoissssssssssss...........

Wednesday, July 16, 2008

Selesaiii............

Dah selesai sudah makan2 kat opis......hehehe.Kenyang gilossss........raser nak tercabut kancing seluar nih...tapi mantain beb.Kari kambing der......karipap..mee hailam...aiskrim...kueh-mueh..nasi-nasi....ayam masak kicap...roti jala...aduhhh, kekenyangan nih...ok ler nak gi solat dulu...apa pun makan bila lapo (tadi memang lapo pun) berenti bila kenyang (yang nih tk perasan kenyang ker tak tadi)...................Hehehehehehehe.

Tuesday, July 15, 2008

Mee Hailam....tuk kengkawan.


Yeaaahaaa! Kali ini aku ada kemajuan skit dalam dunia permasakan, ha ha.... Mee Hailam wa cakap lu.... Ni masak time lunch bawak ke dinner.... mee die beli satu kilo, RM1.50, haha... sket lagi nak abis time dinner tu. At first, memangla blur giler tak tau nak masak apa, tp selepas diberi taklimat ringkas (oleh wife aku, hehe) dan bawak buku resepi ke dapur akhirnye berjaya jugak aku masak hidangan ini - tp aku dapat bantuan dari wife aku dari segi mengawal/budget kemasinan kuah hailam tu..... apa2 pon, syabas untuk aku. Aku bersedia untuk belajar menu lain pulak, yeah! Heeeee.....nih nak bawak perjabat nih..suruh wife aku jer ler masakannn..ntah sedap ker tidak..belasah jer ler

Sunday, July 13, 2008

Sehat,Bahagia.....


Kiter Ditakdirkan Untuk Berkeja.......

Ahad,13.07.08....

Hari ini kerja lagi....diret keje Isnin-Ahad,tapi tkpe....tuh dah tanggungjawap.Selalu boring gak keje ari ahad nih..tapi hari nih rase macam beh lak..ramai student kut,tade ler mengantuk sangat...klau tak,kepala nih asyik nak turun kebawah jerr (mengantuk)hehehehe...tapi seronok juga..kalau tk keje karang tk dapat ler gaji kan..ermmm,duk kat kounter nih cam2 kerenah student kiter leh tgk...ader yang sakit ati,ader yang lucu..ader lak yang cerdik2 sombong..tapi keje kan..tader cabaran tak beh lak...kalau keje statik jerrr...boringgg juga..tapi nih ler keje aku sejak 11 tahun hingga ler ler nih.....mantain beb..layannnn.ok ler maleh nak nulis doh..penat jari2 nih...maklumlah amatur menaip..macam kura2.kuikuikui..adiossss

Perubatan Tradisional

Perubatan TradisionalPerubatan Tradisional adalah alternatif kepada perubatan moden yang telah terbukti keberkesanannya. Sejak akhir-akhir ini kesedaran di kalangan semua tentang kebaikan perubatan tradisional, khususnya penggunaan tumbuhan-tumbuhan herba, semakin meningkat. Banyak terdapat kes-kes di mana seseorang pesakit yang telah puas berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional, sembuh dengan sepenuhnya. Ini munkin kerana ubat-ubat moden selalunya bersifat sementara dan bertindak untuk melegakan rasa sakit sahaja . Manakala ubat-ubat tradisional dari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar-akar kayu bertindak ke atas punca penyakit dan seterusnya menjadi penyembuh penyakit.Selain daripada khasiat dan keberkesanannya, ubat-ubat tradisional juga dianggap lebih baik dan selamat kerana ramuannya yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan. Faktor harga juga menyebabkan ramai di antara kita yang kembali kepada perubatan tradisional. Ubat-ubatan moden adalah mahal berbanding dengan ubat-ubatan tradisional yang ada diantaranya boleh tumbuh dengan mudah di belakang rumah kita.Para pengkaji di institut-institut penyelidikan seperti MARDI dan institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuktikan keberkesanan ubat-ubatan tradisional dan kini sedang mengusahakan untuk memproses dan mengedarkan ubat-ubatan ini dalam bentuk yang lebih mudah diambil dan didapati seperti pil dan kapsul.

Nuffnang