Nuffnang

Friday, October 17, 2008

Rumah Terbuka Library














Hari Kedua.......(17.10.08)

Errmmmm....setelah berhempas pulas memgemas dan menyusun,baru ler nampak ceria sikit.Hari kedua nih hampir 70% persiapan menghias dan persiapan membeli peralatan telah siap.Cuma nak wat touch-up sikit dan meyusun apa yang patut.Seronok juga bila ramai2 tolong menolong macam nih..nampak meriah jerr..cam buat kenduri-kendara lak.Walaupun kiter kekurangan staff wanita,tapi lelaki tk kureng hebatnya..sapa kata lelaki tak pandai menghias dan membuat keje2 umah....hihihi.Walaupun ader juga yang mengelat,tapi tuh biaser ler...mana2 kenduri-kendara pun ader,tapi bak kata Sis.Mona buat ler dalam keadaan yang penuh kasih dan sayang.........Apa-pun thnak for all kengkawan dan bos2.Nak tgk dan tahun lebih lanjut lagi tentang final task dan suasana menyambut Rumah Terbuka library yang julung2 kali diadakan ini...saksikan di blog riniezblog.spot.com...cewahhhh.Adiosss sampei ketemu lagi.

Rumah Terbuka Library....

Hari Pertama... (16.10.08)
















Hhihihi....nih hari pertama selepas meeting, kitorang bertungkus lumus membersih,menyimpan,membungkus,menjual,membuang....dan macam2 mem lagi ler...maklumlah,this is the first time Library nak buat open hourse kan...so nanti kan ler hari kedua pulak....hihihi.Tungguuuuuuuu.....

Wednesday, October 15, 2008

Photo From Amaturr..............






Idea....................













My new kitchen.....any suggestion for decoration.Nampak kosong jerrrr.....apa patut aku buat??? Aku nak nampak simple jer tapi tak nak nampak penuh sangat.Errrrmmmm...penin ni..penin nih.Aku nak buat hitam putih jerr..clor lain aku tak nak...aku kan anak jati Pahang,macam org umah juga..dua2 anak jati pahang.Hiduppppp Pahangggg!!!!! Heheheee....pikirlah ler yerkk

Sunday, October 12, 2008

sambungan hati Seorang Wanita...........

Apakan daya rezeki masih tak menyebelahi mereka berdua. Apa saja yang terdaya akan mereka tempuhi dan terima dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil macam sekarang ni, tak boleh sangat hendak memilih kerja apatah lagi banyak duit yang nak digunakan. Pada masa yang sama sudah banyak juga resume yang di hantar tapi semuanya belum menerima jawapan.
"izza...adeh ngantuknya" sufi mula bersungut,"gigit kang wayar ni , hari-hari wayar ni, takda wayar lain yang lagi hansem ke...terseksanya batin ku ..ohh tuhan bantulah hamba mu ini...uwa!!.?" Memang macam tulah gelagat sufi bila dia dah ngantuk ada-ada jer lawak taik mata dia buat.


Izza dah faham sangat dengantelatah sufi , dia senyum jer ,group yang bekerja satu line dengan sufi dah mula ketawa. " apa lagi akak sufi gigitlakalau tak cukup ni Mila tambah lagi satu bundle....banyak lagi wayar dalam bin ni ahh...macam-macam perasa ada.Sakit jiwa sufi dibuatnya kalau adik mila buat lawak slumbernya. Camtulah seharian hidupnya di kilang wayar itu.Walaupun gajinya tak mahal, tapi semua pekerja kat situ baik dan suka bergurau.
Selesai solat tahajjud dan Hajat, panjang benar doa Ainul Sufi, makin laju deraian air matanya. YaAllah buangkanlah perasaan yang tak sepatutnya timbul di dalam jiwa ku ini,mengapa aku perlu cemburu dengan kebahagian sahabat baik ku itu, YaAllah hapuskan rasa dendam dan lenyapkanlah dengki dan khianat terhadap sahabat yang ku sayangi itu.Selesai betafakur terus ainul Sufi baring atas sejadah hingga dia tetidur dengan kain telekung yang masih belum dibukanya.

"sufi....bangun sayang, dah subuh pun" terdengar suara lembut, insan yang begitu banyak pengorbanan telah dilakukanbuat anak yang tercinta ini. " ya ummi, dah pukul berapa sekarang ummi?" dah pukul 6.15 pun...balas ummi.Mata ummi merenung wajah puterinya yang seorang ini, masih ternampak bengkak yang timbul di sekitar mata, pasti sufi menangissemalam ni....faham benar ummi akan perangai anaknya yang sorang ini, segala masalah peribadi tidak akan diceritakan pada umminya apatah lagi berkaitan dengan soal hati.Wajah puterinya ini sentiasa nampak tenang, lembut dan periangtapi ummi tahu puterinya di landa masalah yang tak dapat diungkaikan melalui kata-kata."sufi...sufi nangis lagi yer? Emm...ummi, sufi nak mandi dululah ummi, sufi cuba mengelak dari menjawab soalan yang ditujukan buatnya." karang terlewat pulak pergi keja,bukan ummi tak tahu Abang Li tu ahh. Masih segar diingatan sufi kes Abang Li yang bawa Van kilang tu tinggalkan dia dengan sahabat baiknya izzati.

Tak terkejar Van tu ahhh....sampai semput dibuatnya mereka berdua terkerit-jerit.Rasa tebal muka tu masih tak dapat dibuang sampai ke hari ini.Apa taknya abang Li parking vannya di depan warung makan, ramai pulak pelanggan kat warung tu, terutama anak-anak lelakimuda yang singgah membeli sarapan , tak kurang jugak yang bersantai di pagi hari kat warung .Sudah hampir masuk sebulan lamanya sufi dan izzati bergelar minah karan. Apakan daya hanya kerja itu saja yang mudahnak diperolehi, tak perlu bawa sijil pun, tak perlu apa-apa kelulusan. Ramai pekerja kat kilang tu, dah masuk usia emas,dan boleh dipanggil makcik.

Sufi dan izzati kedua-duanya mempunyai kelulusan ijazah dari USM. Sufi mengambil jurusan mikrob & patologi manakalaizzati dalam jurusan chemicel enginering. Apakan daya rezeki masih tak menyebelahi mereka berdua. Apa saja yang terdaya akan mereka tempuhi dan terima dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil macam sekarang ni, tak boleh sangat hendak memilih kerja apatah lagi banyak duit yang nak digunakan. Pada masa yang sama sudah banyak juga resume yang di hantar tapi semuanya belum menerima jawapan.
"izza...adeh ngantuknya" sufi mula bersungut,"gigit kang wayar ni , hari-hari wayar ni, takda wayar lain yang lagi hansem ke...terseksanya batin ku ..ohh tuhan bantulah hamba mu ini...uwa!!.?" Memang macam tulah gelagat sufi bila dia dah ngantuk ada-ada jer lawak taik mata dia buat.


Izza dah faham sangat dengantelatah sufi , dia senyum jer ,group yang bekerja satu line dengan sufi dah mula ketawa. " apa lagi akak sufi gigitlakalau tak cukup ni Mila tambah lagi satu bundle....banyak lagi wayar dalam bin ni ahh...macam-macam perasa ada.Sakit jiwa sufi dibuatnya kalau adik mila buat lawak slumbernya. Camtulah seharian hidupnya di kilang wayar itu.Walaupun gajinya tak mahal, tapi semua pekerja kat situ baik dan suka bergurau.................

Nuffnang