Fahamilah diri kite..sebelum kiter mahu orang lain memahami kite.Berubah krana kiter mahu berubah.. bukan kerana orang lain. Apa kiter mahu dalam kehidupan ini dan apa tujuan kiter hidup. Berbaliklah pada fitrah kehidupan....kerana hidup kiter sebenarnya terlalu singkat.
Nuffnang
Sunday, September 14, 2008
Jadual Harian Bulan Ramadhan......
BangunBerdoa kepad ALLAH dengan doa :Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.
4.20
pagi Solat Sunat TaubatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. SelepasAl-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhirbaca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkanberdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta,merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.5.00 pagi Makan SahurMenggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja.Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAWsama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.10.00 pagi Sembahyang Sunat DhuhaIa adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh
Bersiap untuk solat Zohor.Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberikita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg
Bersedia untuk solat Asar.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasihkepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda RasulullahSAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga",merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.Apabila masuk waktu Magrib,Bacalah doa dan berbuka :Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kalisepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm
Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esokuntuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAHTaala. ( JANGAN LUPA!!!)Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati ygsementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Thursday, September 11, 2008
Cerita Bulan Ramadhan..........
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib...Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia DanTunjukkan KeArah kubah yang berada di tanah.
Mungkin kubah itu tengah sujud fikirAku."Kenapa?" tanya Abah."Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah."Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"Tidak pasal-pasal aku kena marah.
Rosak pengalaman suci aku ini."Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. Pasal TU ler Kubah tU dorg angkat letak kat tanah..bodoh," sambung Abah memaki lagi.
Wednesday, September 10, 2008
Hari Ini...........
Hari ini..macam hari-hari yang berlalu macam nih ler......apa nak citer erkkk?Ermmm...pagi tadi bangun sahur lam kul 4.30...makan mee jerr.Balance bukak posa...jgn membazir kata org tua-tau.Mee pun mee ler..belasah jer,janji perut terisi (alhamdulilah)...mandi-mandi lepak jap tunggu org azan subuh....ermmm,apa nak buat lagi nih...hehehe layan ps2 jap....sedar2 dah kul 7.20.
Gerak gi keje tadi tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan..cuma satu jer aku tak pueh hati...ader ler sorang minah rempit nih..bawak motor gilo babi lajunya..cilok sana cilok sini..tk pueh hati tul aku.....pagi tadi terserempak lagi ngan dia..aku baru jer lepas keluar dari traffic light permatang badak......zapppp sebelah aku..hampesss tul,minah tuh lagi..laju yer.Citttt....mentang2 ler pakai moto legend.Tak kire aku nak kejar gak...kejar punya kejar akhirnya dapat juga ..tapi kat traffic light bukit istana nak masuk ker uia tuh.Kalau korang tgk mesti tk pueh hati punya....nih ler perempuan zaman sekarang..mengalahkan laki.
Sampai opis lam kul 7.56....hehehehe,tader ler lewat sangat kan.kira afdal ler tuh....Keje cam biase..tader lak nak keje luar biase..tapi kalau keje luar batasan tk tau ler,hehehehehe.Ok ler dah kul 12 nih..internet lak slow...ermm.Sambung karang-karang lak..udah ler tuh gi keje tuh.
-Adiosssss-
Tuesday, September 9, 2008
Juadah Lagi............



Monday, September 8, 2008
Wednesday, September 3, 2008
Kenali Wanita....
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.(salah..dier akan nangis biler brsendirian sama ada dlm toilet or dlm blek tido)
Thursday, August 28, 2008
Tips For Better Life
1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for 7 hours.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2007.
7. Make time to practice meditation, yoga, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don't waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Don't take yourself so seriously. No one else does.
21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
22. Make peace with your past so it won't spoil the present.
23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. Don't compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26.. What other people think of you is none of your business.
27. However good or bad a situation is, it will change.
28. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.
29. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
30. Envy is a waste of time. You already have all you need.
31. The best is yet to come.
32. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
33. Do the right thing!
34. Call your family often.
35. Your inner most is always happy. So be happy.
36. Each day give something good to others.
37. Don't over do. Keep your limits.
38. Please Forward this to everyone you care about.
" IF ONE CAN DO IT U TOO CAN DO IT, IF NONE CAN DO IT THEN U MUST DO IT "
Tuesday, August 26, 2008
Gemparrr......Malaysia Haramkan Tudung!
Pengharaman Permakaian Tudung Di Malaysia
Baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia .Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia .Ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.
Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung, didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci tentang pemakaian tudung ini .Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku, topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.Adakah kerajaan malaysia takut akan isu ini,yang dulu begitu marah terhadap isu singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape sudah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIMjuga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini. Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini. Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiappelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agamaislam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semuasudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidakmahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa sepertiTV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... . pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:- 1)TUDUNG SAJI 2)TUDUNG PERIUK 3)TUDUNG TERMOS 4)TUDUNG CAT dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian. kui kui!! kena kena!! aper lagi forward ke rakan rakan anda.. takkan nak kena sorang sorang kot keh keh!!
Malam Pertama Pengantin.....
Kita pasti dirisik..Pertunangan sejak azali..Di hujung hidup nanti..Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..Hantarannya..SAKIT DAN NAZAK..Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..Pengantin dimandikan..Dipakaikan baju cantik putih..Wangian gaharu dan cendana..Keranda jadi pelaminan..Pengantin bersanding sendirian..Di arak keliling kampung..Berkompangkan azan dan kalimah kudus..Akad nikahnya bacaan talkin..Berwalikan liang lahat..Saksi pula nisan-nisan..Siraman air mawar..Keluarga terdekat menepung tawar..Tiba masa pengantin..Menunggu sendirian..Malam pertama bersama KEKASIH..Di kamar bertilamkan tanah..Dan Dia menuntut janji..Sucikah kita tatkala berpadu..Pernahkah taubat sepanjang hayat..Atau terkubur bersama dosa-dosa...Dan Dia Kekasih itu..Menetapkanmu ke syurga..Atau melemparkan dirimu ke neraka..
















