Nuffnang

Tuesday, August 26, 2008

Gemparrr......Malaysia Haramkan Tudung!

Monday, March 17, 2008 10:31:38 AM

Pengharaman Permakaian Tudung Di Malaysia

Baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia .Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia .Ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung, didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci tentang pemakaian tudung ini .Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku, topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.Adakah kerajaan malaysia takut akan isu ini,yang dulu begitu marah terhadap isu singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape sudah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIMjuga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini. Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini. Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiappelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agamaislam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semuasudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidakmahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa sepertiTV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... . pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:- 1)TUDUNG SAJI 2)TUDUNG PERIUK 3)TUDUNG TERMOS 4)TUDUNG CAT dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian. kui kui!! kena kena!! aper lagi forward ke rakan rakan anda.. takkan nak kena sorang sorang kot keh keh!!

No comments:

Nuffnang