Nuffnang

Sunday, April 5, 2009

Minggu Keje.........

Assalamaualaikum.....
Minggu nih..minggu keje bagi aku.Hehehehehe...aku jer ler..pasai aku keje Hari Isnin-Ahad....

Tapi takpe..dah tanggung jawap aku kan ...aku dibayar untuk berkerja...tk kesah ler.Nak cari rezeki yang halal. Kira kiter2 yang berkerja nih....bertuah ler rasernya...kerana berkerja. Diluar sana tuh ramai lagi yang tk bekerja dan masih mencari perkerjaan...so, kiter yang dah bekerja nih kenelah hargai apa yang kiter ader dan apa yang org lain tk dapat...zaman sekarang zaman global...semua nak ceapt...semua nak pantas . Buat rakan2 yang bekerja....bekerjalaj bersungguh2....hargai apa yang kiter ader hari ini..daripada kiter menyesali apa yang kiter terlepas kemudian hari....bye.

Thursday, April 2, 2009

Cerita bowling......

Aku bukan nak citer pasai result bowling ...korang mesti dah tahu pasai result bowling kan.Apa2 pun aku wish Tahnniah to Team bowling tempohari.....well done my friends...hehehe...bab kata Bro.Sam apa yang penting..."KERJASAMA". aku nak cerita pasai disebalik takbir pergi main bowling airtuh....ader ler aktiviti sampingan aku dan rakan2 seperjuangan.....hehehehe

Dah pueh dok main pool kat bawah tuh..aku,ipin dan azri naik ler kat atas untuk ketempat bowling....tgh naik tangga berjalan tuh..
Azri : uiiitt....ipin dan upin
ipin / aku : Mana......mana....
Azri : tuhhh kat wayang tuh......
Aku ngan ipin apa lagi, dah 4 anak tangga terus melompat...azri dah separuh tangga dah..tk leh buat apa2 dah...hehehehe..apa lagi terus snap gambar upin..ipin tk nak..pasai dah ader kat sebelah aku hehehehe.siap tarik upin tuh nak tangkap gambar....peduli apa budak2 kat situ..aku pun dh macam rakan sebaya ngan diorang kan..layannn jer.Hehehee..korang jgn ler jeles kerr.....
Gambar tu saja kasi blurrr sikit.....hehehe



Kejar..kejar...upinnnnnn

nieeee..aku jumpa tangan hulk nih..tersadai jer tepi tangga.


Sama tak ?????

Sapiiii STOP.........Sapiii Jalan


dua org gembala lembu dari turki stan....
Salam semua.............

Rasenya dah lama aku tk update aku punya blog nih...bukan kekeringan idea..bukan tada bahan..sebab nyaa....malassss jerrr rasernya..suka baca blog oraang...kene tunggu mood ader baru leh citer kan...kalau mood tader..idea ada pun tk beh gak kan..nanti susunan cerita cam tak beh jer.....hehehe (macam beh dok.).

Banyak citer yang belaku..banyak benda nak cerita bulan nih....ermmm.nanti ler aku tulis satu persatu...hehehe.nie mukadimah pembuka bicara nak update blog aku jer....hehehe.nanti sambung agi ok..

Friday, March 13, 2009

TIPS KERETA.........

Tekanan Tayar ..........

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai .

Friday, March 6, 2009

TIPS KERETA.........

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Kalau tk silap kat kuantan nih..upah tukar minyak hitam dalam area RM10 jerrr....tapi kalau pree...tukar sendiri lerr hehehe.

Monday, February 23, 2009

Diana Danielle vs Ahmad Hafizal


Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.


Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.
Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan. Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.
Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.
Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.
* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

Monday, February 16, 2009

Sunday, February 15, 2009

Musuh Dalam Selimut.....

Ini bukan musuh dalam selimut nih..nih musuh dalam rumah.Setelah pelbagai usaha dan kaedah telah ku usahakan akhirnya hehehehe.Aku dah serah pada bahagian forensik..dan ini keputusan diorang...





Tarikh Kematian dianggarkan pada 3.00pagi akibat komplikasi keracunan yang amat sangat.Suspek dipercayai masuk kerumah untuk mencuri makanan.

Cuti Arituh.....

Assalamaualaikum...

Nie kisah Hari Raya Cina tahun lepas.....maleh nak post arituh.Tapi ikut i ler kan blog i...hehehe.Nak cerita pasai megocak ikan..bab sebelih ayan tuh iklan jer hehehe. Maklumlaj orang Bandar cam aku nih kan...jiwa kampung sikit...kukuikui.Apa2 pun layan aje lerrr.




Nie aku ngan P.Mentua aku...tolong pegang pun ok ler (bodek sikit beb!!!)

MENGOCAK IKAN

1



Sebelum nak pergi mengocak ikan kene ler kumpul ahli2 nyer dulu...reramai baru seronok.Setelah ditapis ini ajer ler yang dapat kawen kumpulkan...Hwehehe

2



Dah kumpul ahli kene ler survey....tempat mana yang banyak ikan kan.Kalau tk pulang kosong ler kan.


3




Dah jumpa..kene ler pasang jaring tuh.Camner nak pasang pandai korang ler yer.Jgn kasi ikan tuh terelpas udah.


4





Dah pasang jaring tuh apa lagi..sesi mengocak air pun bermula....hehehe nih yang beh nih.Tapi yang tk beh nyer.Kumpul ahli sikit punya ramai yang turun 3 org jer.Citttt mana diorang nih..jurugambor tk leh ler turun kan..kalau tk saya nak tangkap gambor..hehehe


5




Nih ler hasil kitorang pada hari itu...dari pukul 10 pagi - 4 petang.Kire buleh ler kan.Enjoyyy sehhhh....

Sunday, February 1, 2009

Sekadar Suka-suka............



Difference between Wife & Girlfriend

Some people say:Wife is a HARIMAU ................
Girlfriend is HARI HARI MAHU ......

And some say:Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, Go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and ! most of the time old but HP is cute, slim, curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.
Most Important, TV got remote but HP don't have.

Last but not least.......TV do not have virus but HP have VIRUS......
Once get it, HABIS LAH.



So better choose TV lah
p/s: Apa-apa pun isteri is yang terbaik...luv yu my wife.

Nuffnang