Nuffnang

Sunday, July 13, 2008

Perubatan Tradisional

Perubatan TradisionalPerubatan Tradisional adalah alternatif kepada perubatan moden yang telah terbukti keberkesanannya. Sejak akhir-akhir ini kesedaran di kalangan semua tentang kebaikan perubatan tradisional, khususnya penggunaan tumbuhan-tumbuhan herba, semakin meningkat. Banyak terdapat kes-kes di mana seseorang pesakit yang telah puas berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional, sembuh dengan sepenuhnya. Ini munkin kerana ubat-ubat moden selalunya bersifat sementara dan bertindak untuk melegakan rasa sakit sahaja . Manakala ubat-ubat tradisional dari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar-akar kayu bertindak ke atas punca penyakit dan seterusnya menjadi penyembuh penyakit.Selain daripada khasiat dan keberkesanannya, ubat-ubat tradisional juga dianggap lebih baik dan selamat kerana ramuannya yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan. Faktor harga juga menyebabkan ramai di antara kita yang kembali kepada perubatan tradisional. Ubat-ubatan moden adalah mahal berbanding dengan ubat-ubatan tradisional yang ada diantaranya boleh tumbuh dengan mudah di belakang rumah kita.Para pengkaji di institut-institut penyelidikan seperti MARDI dan institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuktikan keberkesanan ubat-ubatan tradisional dan kini sedang mengusahakan untuk memproses dan mengedarkan ubat-ubatan ini dalam bentuk yang lebih mudah diambil dan didapati seperti pil dan kapsul.

1 comment:

namzahs said...

lepaih ni boleh panggil Bomoh Nizam la..

Nuffnang